廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Friday, 16 January 2009

Calon UMANY terpaksa kosongkan ruang manifesto disebab dihalang meletakkan desakan memansuhkan AUKU dan ISA

Kenyataan UMANY 15 Jan 2009

Pihak UMANY mengutuk Suruhanjaya Pilhan Raya Campus UM kerana menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa. Ini adalah disebabkan pihak campus menghalang calon-calon UMANY untuk Pilihan Raya Campus 2009 untuk meletakkan manifesto mengesa kerajaan memansuhkan AUKU dan ISA.

Calon-calon enggan melepaskan manifesto tersebut kerana berasa perjuangan yang teramat penting ini tidak boleh dilepaskan, dan jika berbuat demikian, makna Pilihanraya Campus ini akan hapus kerana kebebasan pelajar telah diganggu dan wakil mahasiswa/wi yang terpilih hanya sebagai “figure head” pihak Universiti.

Dengan ini, 6 orang calaon UMANY telah membuat keputusan untuk kosongkan ruangan manifesto sebagai tanda bantahan kepada pihak universiti.

Kita ingin tanya pihak Universiti, kenapa pilihanraya kampus tidak boleh mempamerkan harapan mahasiswa terhadap Negara? Bukankah mahasiswa adalah harapan masa depan Negara? Selain itu, bukankah mahasiswa yang memutuskan apakah manifesto yang diterima oleh mereka? Jikalau pihak universiti ingin tentukan apakah isu yang boleh menjadi manifesto, bukan lebih baik pihak universiti hapuskan pilihanraya kampus dan memilih wakil mahasiswa lagi baik?

Oleh yang demikian, perbuatan pihak universiti adalah jelas tidak berpatutan dan bersalah. Hakikat mahasiswa perlu dipilih dan ditentukan oleh mahasiswa sendiri bukanlah pihak universiti. Dengan ini, pihak UMANY harapkan para mahasiswa beramai-ramai mengundi calon-calon daripada barisan Pro-Mahasiswa untuk membantahkan perbuatan pihak universiti.

0 评论 Comments:

Related Posts