廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Saturday, 17 January 2009

Satu Lagi Kejadian Buruk di UM!! Pagi ini Calon Pro-M dikepung dan disoal oleh 10 orang polis, serta Pengawai Keselamatan mengugut gaduh dengan Calon

Kenayataan UMANY 17 Jan 2009

Ahli UMANY telah dikepung oleh seramai 10 orang anggota polis di Rumah Universiti pada pukul 2 hingga 4 pagi ini. Polis mengatakan siasatan ini adalah berkaitan isu 'meletakkan kepala babi di Masjid' yang berlaku semalam(16 Jan).

Dengan ini, pihak UMANY telah meminta annggota polis untuk menujukkan warant penyiasiatan, ini adalah disebabkan sebahagian besar "anggota polis" tersebut tidak memakai pakaian seragam. Tetapi mereka enggan membuat demikian dan mengatakan mereaka berhak untuk menyiasiat tanpa warant.

Pengerusi UMANY saudara Tay Hong Keat yang berada di dalam bilik tersebut berasa gelisah dengan tindakan terharu-haru pihak polis tersebut. Tindakan mereka telah juga menakutkan 2 orang calon UMANY (tahun satu) yang pada masa itu berehat di bilik tersebut. Mereka juga berasa takut dan bimbang terhadap keselamatan mereka. Nasib baik, tiada sebarang kejadian tidak seronok yang berlaku.

Selepas penyiasiatan polis tamat (mereka masuk ke bilik dan memeriksa sekejap sahaja) saudara Tay bersama 2 orang calon tersebut telah membuat keputusan untuk melaporkan kejadian ini ke Balai Polis Pantai.

Semasa mereka berjalan ke Balai Polis, satu kejadian yang lagi tidak seronok telah berlaku. Apabila mereka sampai di Pagar KL UM, pengawai keselamatan telah menghalang mereka daripada keluar dari Universiti. Yang lagi teruk ialah salah seorang pegawai tersebut telah mengugut dan marah terhadap calon UMANY perempuan yang bernama Yap Zhen Jun. Dia juga ingin gaduh dengan saudari Yap.

Walaubagaimanapun, selepas saudara Zheng menegaskan mereka adalah keluar untuk membuat laporan polis, merka telah berjay keluar dari UM dan memara ke Balai Polis Pantai, tetapi di Balai Polis Pantai, laporan mereka telah dibatahkan oleh anggota polis di sana. Oleh yang demikian, laporan polis tidak berjaya dibuat.

Disini, kita ingin mengingatkan pengawai keselamatan dan pihak polis adalah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselematan mahasiswa di UM dan rakyat Malaysia dan bukanlah bersamseng dan bertindak seperti haiwan liar. Pihak UMANY tidak akan menarik diri daripada tindakan mereka!

Students Power!!!!!

0 评论 Comments:

Related Posts