廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Monday 13 September 2021

AXTJ_TheGuest #TunDrMahathirBinMohamad #PMke4danke7 #TrueLegend #PemikiranKontroversiSumbangan #HubunganDgnTSMYdanDSAI #Like #Share #Subscribe #HariRabu #15September21 #RealTalkLive #9pm #Youtube

AXTJ - Tetamu Ep.20: Tun Dr. Mahathir|Kontroversi, Sumbangan & Pemikiran Tun|Realtalk Live 15/9/2021

Dengan bangganya saya secara rasminya mengumumkan bahawa tetamu kehormat bagi AXTJ - The Guest, Episod 20 yang akan berlangsung pada hari Rabu, 15 September 2021 jam 9.00 malam, adalah Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 negara yang tercinta ini, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Saya adalah amat percaya bahawa tiada sesiapa di tanahair tidak mengenali Tun M dan pencapaian Tun adalah teramat jelas dan tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi. Tun bukan sahaja merupakan PM yang paling lama berkhidmat di tanahair iaitu melebih 24 tahun (kecuali Tun Tunku Abdul Rahman, tiada mana-mana PM yang lain telah menjawat jawatan tersebut melebihi 10 tahun), tetapi beliau juga telah mengembalikan semula ke jawatan tersebut selepas bersara dari arena politik selama 15 tahun, apatah lagi dengan umur melebihi 90 tahun, pencapaian ini sahaja sudah cukup lagenda dan buat seluruh dunia kagum.

Bukan sekadar syiok sendiri sahaja, ketokohan Tun juga telah kerap kali diiktiraf oleh dunia. Sebagai contoh, hanya pada tahun 2019 sahaja, Tun telah diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh (The Muslim Man of The Year) oleh The Muslim 500, dinamakan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia 2019 oleh majalah Time dan juga sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh Fortune.com, jelaslah di dalam negara yang tercinta ini, tiada sesiapa yang setanding Tun yang mampu mendapat pengiktirafan yang begitu banyak oleh badan-badan luar negara. Di samping itu, Tun juga terkenal dengan sifat keberanian di mana beliau juga sering kali menegur negara yang lebih maju dan kuat seperti Amerika Syarikat di arena politik antrabangsa.

Tetapi juga disebabkan oleh tempoh memegang kuasa yang boleh dikatakan mutlak di Malaysia dengan masa yang begitu panjang, pelbagai kontroversi dan skandal juga muncul dan mengiringi Tun. Sebagai contohnya, Tun M memang terkenal dengan gelaran yang cukup membanggakan, didengki oleh ahli-ahli politik lain dan selaras dengan sumbangan beliau, iaitu Negarawan. Malah, ramai kritik Tun juga mengelarkan Tun sebagai seorang rasis, sehingga Bapa Rasis pun sering dilontarkan kepada Tun, apakah identiti sebenarnya Tun?

Dengan ini, saya merasa amat teruja dan gembira, bukan sahaja disebabkan oleh dapat menjemput seorang tokoh yang begitu heawyweight dan berpengaruh, tetapi juga kerana terdapat peluang untuk menyoal dan mendengar penjelasan beliau terhadap kontroversi-kontroversi dan isu-isu yang terbangkit semasa beliau memegang kuasa secara kendiri. 

Di dalam siaran langsung “AXTJ - The Guest” yang yang akan diadakan pada Hari Rabu yang akan datang, iaitu 15hb September 2021, jam 9 malam ini, saya telah menyediakan lebih kurang 20 soalan yang menyentuh pelbagai perkara, termasuk ideologi politik Tun, kotroversi dan isu-isu yang terbangkit pra, semasa dan pasca pemerintahan kerajaan PH dan juga kehidupan peribadi Tun, harapkan kita dapat mencari satu jawapan untuk persoalan yang tersebut di atas dan memafami secara lebih mendalam seorang tokoh yang terkenal di tanahair kita.

Link untuk menonton siaran langsung ini: 

https://youtu.be/TKQWjhjRKZc

Akhir sekali, di sini juga memaklumkan bahawa selepas penamatan siaran langsung, saya akan membahagikan sesi perbualan Tun kepada 4 bahagian dimana sari kata (subtitle) Bahasa Cina dan Bahasa Kebangsaan akan ditambahkan ke dalam video suntingan live tersebut. Di sini juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas Keyn Certification Sdn. Bhd. (https://www.facebook.com/keyncert) dan Gintell (https://www.facebook.com/gintellmalaysia) dengan murah hatinya telah bersetuju menaja kesemua kos suntingan dan menambah sari kata tersebut supaya sesi perbualan dengan Tun M ini dapat mencapai kepada lebih ramai orang dan lebih senang difahami oleh orang ramai.

Sekian, jangan lupa like, share dan subscribe FB page ini dan juga channel Youtube AXTJ (http://bit.ly/axtnji), ribuan terima kasih saya diucapkan kepada semua pihak dan berharap siaran langsung yang akan datang ini dapat dijalankan dengan lancar. 

Terima kasih. See you! 

(Untuk makluman, post ini dalam versi Bahasa Cina akan dimuatnaikan pada petang hari ini.)

Re-production, re-upload, re-broadcast, and distribution of our copyrighted videos are prohibited.

Copyright ©翱翔天際·談古今·論道理 All Rights Reserved.






0 评论 Comments:

Related Posts