廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Kenapa saya undi PR? (Bahagian Pertama)


Ya, saya akan mengundi PR pada Pilihanraya Umum yang akan datang ini. Tak kira kerusi parlimen mahupun kerusi undangan negeri, PR sahaja, PAS, DAP atau Keadilan, asalkan bukan BN.

Thursday, 7 June 2012

Muhyiddin, sila hapuskan tol-tol di Selangor juga!

Muhyiddin Yasin bangganya menyokong Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu PTPTN di UNISEL perlu dibekukan sementara untuk menguji dasar PKR/PR, tambahan lagi, beliau juga menyifat pemekuan ini adalah adil sebab mereka sendiri yang kata tidak perlu PTPTN.

Friday, 20 May 2011

Raja Lawak: Abang Sham dan gang agennya

Cerita lawak ini dicipta oleh kawanku Fu Haw, memang lawak dan bermakna, sebab tu saya terjemah cerita ini jadi BM, harap-harap ramai lagi boleh baca dan fahamkan cerita lawak ini:

Monday, 2 May 2011

Kau ingat kau siapa?

Kau ingat kau siapa? Boleh arahkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina di negara ini? Jangan tersilap, otak jangan panas sangat, kami ni orang Malaysia, warganegara Malaysia, Malaysian Chinese, tiada kaitan langsung dengan kau. Sini bukan Negeri China, dan kami bukan ditadbir bawah kau, jangan lah kau ingat ini zaman 200 tahun lepas, zaman nenek moyang kita.

Saturday, 29 January 2011

關於Azan課題的好文分享

Bacaan selain dari azan di pembesar suara patut dihentikan — Mohd Asri Zainul Abidin

January 15, 2011

15 JAN — Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan — selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan.

Tuesday, 20 April 2010

A must read article: Siapa dia Zaid?


Hishamuddin Rais
Apr 19, 10
1:10pm


Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu.

Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi.

Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi setiausaha agung.

Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai setiausaha agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China.

Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak.

Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika, saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpangkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai setiausaha agung PKPM yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab
kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknologi Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM.

Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM, tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap.

Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru.

Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM.

Saya terperanjat kerana anak muda ini berani 'pecah regu' untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberaniannya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari.

Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknologi Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri.

Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia.

Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada 'catch' - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250.

Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum NGO ini berkumpul dan bersidang, saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim.

Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan telefon - saya telah diberi kebenaran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi.

Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibrahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor, saya telah pergi menemuinya.

Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini.

Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya 'arriviste – horray henry' yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu.

Zaid termenung sebentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang disalib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu.

Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan.

Untuk kita – perkara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain perkara yang sama adalah 'non event – tidak ada apa apa yang penting'.

Kenapa saya menulis kisah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen.

Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat.

Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti-kiri dan anti-sosialis.

Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen.

Source: http://malaysiakini.com/columns/129575

Saturday, 17 January 2009

Satu Lagi Kejadian Buruk di UM!! Pagi ini Calon Pro-M dikepung dan disoal oleh 10 orang polis, serta Pengawai Keselamatan mengugut gaduh dengan Calon

Kenayataan UMANY 17 Jan 2009

Ahli UMANY telah dikepung oleh seramai 10 orang anggota polis di Rumah Universiti pada pukul 2 hingga 4 pagi ini. Polis mengatakan siasatan ini adalah berkaitan isu 'meletakkan kepala babi di Masjid' yang berlaku semalam(16 Jan).

Dengan ini, pihak UMANY telah meminta annggota polis untuk menujukkan warant penyiasiatan, ini adalah disebabkan sebahagian besar "anggota polis" tersebut tidak memakai pakaian seragam. Tetapi mereka enggan membuat demikian dan mengatakan mereaka berhak untuk menyiasiat tanpa warant.

Pengerusi UMANY saudara Tay Hong Keat yang berada di dalam bilik tersebut berasa gelisah dengan tindakan terharu-haru pihak polis tersebut. Tindakan mereka telah juga menakutkan 2 orang calon UMANY (tahun satu) yang pada masa itu berehat di bilik tersebut. Mereka juga berasa takut dan bimbang terhadap keselamatan mereka. Nasib baik, tiada sebarang kejadian tidak seronok yang berlaku.

Selepas penyiasiatan polis tamat (mereka masuk ke bilik dan memeriksa sekejap sahaja) saudara Tay bersama 2 orang calon tersebut telah membuat keputusan untuk melaporkan kejadian ini ke Balai Polis Pantai.

Semasa mereka berjalan ke Balai Polis, satu kejadian yang lagi tidak seronok telah berlaku. Apabila mereka sampai di Pagar KL UM, pengawai keselamatan telah menghalang mereka daripada keluar dari Universiti. Yang lagi teruk ialah salah seorang pegawai tersebut telah mengugut dan marah terhadap calon UMANY perempuan yang bernama Yap Zhen Jun. Dia juga ingin gaduh dengan saudari Yap.

Walaubagaimanapun, selepas saudara Zheng menegaskan mereka adalah keluar untuk membuat laporan polis, merka telah berjay keluar dari UM dan memara ke Balai Polis Pantai, tetapi di Balai Polis Pantai, laporan mereka telah dibatahkan oleh anggota polis di sana. Oleh yang demikian, laporan polis tidak berjaya dibuat.

Disini, kita ingin mengingatkan pengawai keselamatan dan pihak polis adalah bertanggungjawab untuk menjaga keamanan dan keselematan mahasiswa di UM dan rakyat Malaysia dan bukanlah bersamseng dan bertindak seperti haiwan liar. Pihak UMANY tidak akan menarik diri daripada tindakan mereka!

Students Power!!!!!

Friday, 16 January 2009

Calon UMANY terpaksa kosongkan ruang manifesto disebab dihalang meletakkan desakan memansuhkan AUKU dan ISA

Kenyataan UMANY 15 Jan 2009

Pihak UMANY mengutuk Suruhanjaya Pilhan Raya Campus UM kerana menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa. Ini adalah disebabkan pihak campus menghalang calon-calon UMANY untuk Pilihan Raya Campus 2009 untuk meletakkan manifesto mengesa kerajaan memansuhkan AUKU dan ISA.

Calon-calon enggan melepaskan manifesto tersebut kerana berasa perjuangan yang teramat penting ini tidak boleh dilepaskan, dan jika berbuat demikian, makna Pilihanraya Campus ini akan hapus kerana kebebasan pelajar telah diganggu dan wakil mahasiswa/wi yang terpilih hanya sebagai “figure head” pihak Universiti.

Dengan ini, 6 orang calaon UMANY telah membuat keputusan untuk kosongkan ruangan manifesto sebagai tanda bantahan kepada pihak universiti.

Kita ingin tanya pihak Universiti, kenapa pilihanraya kampus tidak boleh mempamerkan harapan mahasiswa terhadap Negara? Bukankah mahasiswa adalah harapan masa depan Negara? Selain itu, bukankah mahasiswa yang memutuskan apakah manifesto yang diterima oleh mereka? Jikalau pihak universiti ingin tentukan apakah isu yang boleh menjadi manifesto, bukan lebih baik pihak universiti hapuskan pilihanraya kampus dan memilih wakil mahasiswa lagi baik?

Oleh yang demikian, perbuatan pihak universiti adalah jelas tidak berpatutan dan bersalah. Hakikat mahasiswa perlu dipilih dan ditentukan oleh mahasiswa sendiri bukanlah pihak universiti. Dengan ini, pihak UMANY harapkan para mahasiswa beramai-ramai mengundi calon-calon daripada barisan Pro-Mahasiswa untuk membantahkan perbuatan pihak universiti.

Tuesday, 9 September 2008

Hidup Melayu

Hidup Melayu, saya 100% menyokong!
Kalau member saya menjerit hidup melayu apabila mereka diancam, saya memang akan menjerit bersama!!

Apa salahnya hidup melayu?
Kalau ada orang mencabar kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu,
saya tetap akan bangkit melawan!!!!
Tanpa ragu saya akan bangun dan mempertahankan orang Melayu.
Dengan tegasnya saya akan menjerit kepada orang yang mencabar itu:
HIDUP MELAYU!!!!

Selain ini,
apa salahnya disamping hidup melayu, hidup juga India dan Cina?
Saya yakin kawan Melayu atau India saya akan membangkit jika saya diancam.
Warna kulit kita memang berbeza, tapi hati kita bersama!
Warna kulit tidak boleh diubah, tapi hati boleh!!!
Apa yang penting adalah hati dan bukan elemen luaran sebegini!!!!

Warna kulit berbeza, kita tetap kawan dan rakan yang baik!!
Inilah perpaduan, inilah Malaysia!!!

Jangan merosakkan perpaduan,
kita semua orang Malaysia, abang-adik dalam satu keluarga yang besar!!
Hidup Melayu!!
Hidup India!!
Hidup Cina!!
HIDUP RAKYAT MALAYSIA!!!!

Friday, 5 September 2008

MAMPUSlah Ahmad Ismail

Kalau nak cakap pendatang asing, semua orang adalah pendatang asing.
Ya, mungkin sekumpulan warga lebih awal memindah ke sini,
tapi walaupun berapa awalnya mereka datang, tetap juga mereka adalah pendatang asing.

Jangan cakap bukan, sejarah sebelum Zaman Sultan Melaka? Sebelum Parameswara?
Siapa dia berasal di sini?
Hanya orang asli dan orang sakai.
Tiada Cina, India mahupun Melayu.

Kalao nak mengira siapa orang asing,
99% rakyat Malaysia adalah pendatang asing.
Bezanya hanya masa mereka datang.
Jadi, tolong jangan bezakan rakyat Malaysia dengan cara ini.

Kita bukan warga asing,
tiada seorang pun adalah warga asing di negara ini jikalau dia adalah warganegara Malaysia!!!

Saya cintai negara ini, walaupun saya sentiasa mempertikaikan negara ini.
Saya mempertikaikan, kerana saya mahu negara ini menjadi lebih baik.
Saya mempertikaikan, kerana negara ini adalah tanahair saya.
Saya mempertikaikan, kerana ini adalah tanah yang tercinta saya!!!
Tolong jangan rosakkan negara ini!!!!


Ahmad Ismail, ramai orang mati, kenapa kau tak MAMPUS lagi??
Jangan cuba merosakkan negara yang tercinta ini lagi!!!!!!!!!
MAMPUSlah!!!!!! Orang yang ingin merosakkan perpaduan di dalam negara ini!!!!!!!!
MAMPUSlah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, 3 June 2008

Perkataaan Berlawan

Cikgu:Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

>> Murid-murid: Faham, cikgu!

Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

>> Murid-murid: (senyap)

Cikgu: Pandai!

>> Murid-murid: Bodoh!

Cikgu: Tinggi!

>> Murid-murid: Rendah!

Cikgu: Jauh!

>> Murid-murid: Dekat!

Cikgu: Keadilan!

>> Murid-murid: UMNO!

cikgu: Salah!

>> Murid-murid: Betul!

Cikgu: Bodoh!

>> Murid-murid: Pandai!

Cikgu: Bukan!

>> Murid-murid: Ya!

Cikgu: Oh Tuhan!

>> Murid-murid: Oh Hamba!

cikgu: Dengar ini!

>> Murid-murid: Dengar itu!

Cikgu: Diam!

>> Murid-murid: Bising!

Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!

>> Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu: Mati aku!

>> Murid-murid: Hidup kami!

Cikgu: Rotan baru tau!

>> Murid-murid: Akar lama tak tau!

Cikgu: Malas aku ajar kamu!

>> Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu: Kamu gila!

>> Murid-murid: Kami siuman!

Cikgu: Cukup! Cukup!

>> Murid-murid: Kurang! Kurang!

Cikgu: Sudah! Sudah!

>> Murid-murid: Belum! Belum!

Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?

>> Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!

Cikgu: Oh! Melawan!

>> murid-murid: Oh! Mengalah!

Cikgu: Kurang ajar!

>> Murid-murid: Cukup ajar!

cikgu: Habis aku!

>> Murid-murid: Kekal kami!

Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!

>> Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu: Sudah, bodoh!

>> Murid-murid: Belum, pandai!

Cikgu: Berdiri!

>> Murid-murid: Duduk!

Cikgu: Saya kata UMNO salah!

>> Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!

cikgu: Bangang kamu ni!

>> Murid-murid: Cerdik kami tu!

Cikgu: Rosak!

>> Murid-murid: Baik!

Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!

>> murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!

cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Related Posts