廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Wednesday, 10 April 2013

Kenapa saya undi PR? (Bahagian Pertama)


Ya, saya akan mengundi PR pada Pilihanraya Umum yang akan datang ini. Tak kira kerusi parlimen mahupun kerusi undangan negeri, PR sahaja, PAS, DAP atau Keadilan, asalkan bukan BN.

Ya, saya di sini secara terang mengumumkan saya akan mengundi PR, usah takut usah risau, kerana ini adalah hak saya sebagai rakyat di negara yang tercinta ini, ini adalah hak saya sebagai rakyat, kebebasan saya.

Memang betul saya nak mengundi pihak mana adalah hak saya, memang betul juga undi tu rahsia, tak perlu umumkan kepada semua, betul sekali, saya amat setuju. Tapi saya tetap ingin menulis artikel ini (walaupun berapa sibuknya dengan kerja saya sendiri), sebab PRU yang akan datang ini adalah penentu masa depan kita semua, penentu nasib negara ini, penentu nasib anak-cucu kita di masa hadapan, jadi saya rasa perlu, rasa adalah padan untuk memberi tahu kepada semua,  yang kenal yang tak kenal, sebab-sebab saya mengundi PR.

Bukan untuk apa, saya tak dapat satu sen pun. Hanya haraplah yang belum buat keputusan boleh mendapat idea dari sini namun memberi undinya kepada PR, haraplah yang sudah membuat keputusan untuk mengundi BN, boleh fikirkan sekali lagi siapa yang lagi layak dan patut diundikan.

Sekian pengenalan saya, berikut adalah sebab-sebab saya akan mengundi PR:

1. Perkauman

Salah satu perbezaan yang paling ketara di antara 2 barisan politik ini (BN & PR) adalah perkauman. Tengoklah parti-parti komponen di dalam BN terutamanya parti-parti utama, majoritinya ialah parti perkauman, iaitu ahlinya hanya terdiri daripada satu etnik sahaja. UMNO, MCA, MIC, PBB, UPKO dll, hanya ada satu etnik dalam parti-parti tersebut lalu tetaplah mereka hanya akan berjuang untuk satu kepentingan kaum-kaum sendiri. Tengok lagi PR, PAS ke DAP ke Keadilan ke, mana ada satu parti hanya menerima ahli tertentu kaum sahaja? Tengoklah berita-berita 2-3 minggu lepas, Ustaz DAP telah mencabar Ustaz-ustaz yang kata melayu haram mengundi DAP untuk berdebat dan bukan berita lagi untuk DAP menghantar calon melayu bertanding (berpuluh-puluh tahun lepas mereka dah berbuat demikian) dan PAS pula telah menghantar calon cina mentanding di DUN Johor, apa nak kata lagi?

Jangan rasa ini tak penting, jangan kata dari merdeka sehingga hari memang macam tu pun, apa nak kita risau sangat? Mari kita fikir, betulkah polisi membahagi lalu memerintah (divide and rule) dari zaman penjajahan British masih relevan pada masa kini? Adakah membezakan rakyat dan mentadbir mengikut warna kulit adalah betul? Kerajaan Penjajahan membahagikan kita adakah untuk kebaikan kita? Adakah betul hanya melayu boleh atau akan menjaga melayu, orang cina atau india mesti memburi sebab warna kulit tak sama? Adakah cina hanya memberi tangan kepada cina sahaja? Adakah 1+1=2 adalah salah jika dihitung oleh india dan sebaliknya jika dihitung oleh cina/melayu? (atau sebaliknya)

Mari kita tanya betul-betul sendiri, apakah jawapan-jawapan untuk kesemua soalan di atas. Jelasnya tidak, yang benar tetap benar yang salah tetap salah, kebenaran dan keadilan tidak mengira kaum, kenapa kita masih lagi nak kira sama orang sendiri lagi? Zaman ini bukan lagi zaman boleh tutup pintu dan syiok sendiri, zaman kini adalah zaman globalisasi, zaman yang kita rakyat Malaysia perlu bersaing sedaya upaya dengan orang luar negara untuk mencari rezeki atau terus hidup. Kami sebagai anak Malaysia, di dalam satu selimut, bagai abang dan adik, pun membezakan dan meminggirkan antara satu sama lain, macam mana nak bersaing dengan negara-negara yang lain? Bahasa Inggeris kata, United we stand, divided we fall (bersatu kita teguh, bercerai kita roboh), maksudnya semua orang faham dan tiada orang akan menafikan kebenarannya tetapi di realiti kita masih nak buat sebaliknya? Kenapa kita masih nak bahagikan, bezakan satu sama lain dengan warna kukit lagi? Kita semua anak Malaysia!

Memang betul kita dah dibahagikan sejak lama, tengok lah di sekolah-sekolah, di universiti-universiti, kebanyakan pelajar hanya bercampur dengan geng-geng kaum-kaum sendiri sahaja. Ini saya tidak nafikan, tapi persoalan adalah ini benar? Adakah ini adalah betul? Siapa yang menyebakan situasi-situasi begini berlaku? Politik! Parti-perti yang berbau perkauman! Polisi-polisi kita telah secara langsung membezakan kita, apatah lagi murid-murid, pelajar-pelajar di sekolah dan universiti?

Adakah cina jahat sangat atau melayu jahat sangat sampai tak boleh berkawan satu sama lain? Pada saya dan saya rasa pada semua orang, jawapan mesti tidak. Saya boleh secara terang untuk bercakap di sini dan mengalu-alukan kawan-kawan saya di Sekolah Rendah, Menengah atau Universiti untuk menyokong atau mencabar kenyataan saya ini. Saya membesar di kawasan kampung -- Kampung Sri Menanti, di sebelah kampung saya adalah dua kampung melayu yang paling besar di kawasan Pekan Nanas iaitu Kampung Melayu Raya dan Kampung Sawah (dan Kg-kg lain yang kecil seperti Kampung Parit Haji Adnan), jadi sejak kecil saya dah ramai berkawan dengan orang bukan cina, saya berani membuat kenyataan di sini, di Sekolah Menengah dan di Universiti, kawan-kawan bukan cina saya adalah lebih ramai daripada kawan-kawan cina (Sek. Rendah saya adalah Sekolah Cina dan terletak di kawasan kampung, jadi kelas saya sehingga darjah 5 hanya terdapat 4 orang murid, 3 cina 1 melayu, jadi saya tak maksukan Sekolah Rendah di sini).

Adakah saya terdapat orang melayu/india lagi jahat daripada orang cina? Adakah saya terdapat orang cina lagi baik atau mudah berkawan jika berbanding dengan orang bukan cina? Tidak, langsung tidak. Sebenarnya kita tiada perbezaan yang begitu serius seperti yang sering-kali disebutkan oleh puak-puak UMNO dan MCA, yang ekstremis hanya orang melayu, cina dan india di puak-puak UMNO MCA dan MIC, bukanlah rakyat-rakyat jelata. Puak-puak yang tersebut di atas membahagikan kita, seperti apa yang telah dilakukan oleh penjajahan British, adalah untuk tujuan yang sama, demi kuasa mereka! Seperti yang telah disebut di atas United we stand, divided we fall, sebablah kita telah dibahagikan oleh mereka, jadi kuasa kita rendah dan mudahlah kita diperkuasa atau diperalatkan. Tengok lah dalam sejarah-sejarah Malaysia, hak-hak rakyat , harta-harta rakyat, telah dirombak oleh mereka tanpa ragu-ragu, kerana mereka faham kita telah dibahagikan, kerena mereka tahu kuasa kita rendah, kerena mereka sedar kita tak dapat lawan mereka, maka mereka telah mengharau orang-orang asli Sarawak keluar dari tempat meninggal yang beribu-ribu tahun, menebang semua pokok-pokok dan kayakan diri sendiri. Tengoklah Khir Toyo bekas MB Selangor UMNO, 4 tahun sahaja jadi MB, 4 tahun boleh duduk di rumah seluas 31,794 kaki persegi, tengok lah anak-anak Lim Liong Shik, Mahathir dan Nazri, muda-muda jadi bilionair (bukan jutawan, jutawan bukan standar dia orang), dan banyak contoh lagi, masih kah kita ingin mereka terus berkuasa? Masihkah kita masih ingin kita dibahagikan?

Wahai kawan-kawan sekalian, tolong lah fikirkan baik-baik, ini adalah peluang terakhir kita untuk menumbangkan raksaksa BN yang berkuasa besar ini. Anwar sudah tua, Tok guru sudah tua, Lim Kit Siang sudah tua, ibu-bapa kita pun sudah tua, bolehkan mereka tunggu lagi? Siapa lagi boleh memimpin kami lalu memberi peluang kepada kami untuk menumbangkan raksaksa jahat ini?

Tolong lah beri peluang kepada anak-cucu kita, peluang untuk suatu Malaysia yang lebih baik, tanpa perkauman.

Akhir sekali, saya suraikan artikel ini (kerana terlalu panjang, akan bahagikan kepada beberapa bahagian, ini hanya bahagian pertama) dengan status Facebook saya 2 bulan lalu tentang Suruhanjaya Siasatan Di-Raja atas pendatang haram Sabah:

"Wahai kawan-kawanku, tengoklah RCI Sabah tentang pendatang haram, orang Pakistan datang 2-3 tahun, boleh dapat IC, dapat Pasport, lagi-lagi tak payah pergi mohon, pengawai immigresen datang untuk bagi dia status warganegara, status bumiputra. Saya lahir di Malaysia, bapa saya lahir di Malaysia, Datuk saya pun lahir di Malaysia, saya amat bangga terhadap identiti saya sebagai anak Malaysia, tetapi sehingga hari ini, masih ada orang panggil saya (kami) pendatang asing, suruh balik China, kalaulah ini berlaku kepada anda, marah tak?"

Sedih tak? Saya tetap percaya yang rasis bukanlah rakyat-rakyat jelata, yang rasis adalah puak-puak BN!

7 评论 Comments:

Unknown said...

artikel yg bagus ang.. :) tp aku sokong BN juga la demi masa depan.. hehehe u and me we are Malaysian.. aku tidak racist dengan mana2 kaum atau bangsa.. aku percaya kepada bangsa Malaysia.. dan tidak kira apa pun ideologi politik kita.. kita tetap bersama.. aku hormati pandangan ko ang.. tulisan yg baik untuk perbincangan ilmiah..

ANG said...

TQ Bro, xde hal, cuma nak sharekan pandangan saya, mcm dh sebut dalam artikel "haraplah yang belum buat keputusan boleh mendapat idea dari sini namun memberi undinya kepada PR, haraplah yang sudah membuat keputusan untuk mengundi BN, boleh fikirkan sekali lagi siapa yang lagi layak dan patut diundikan."

Unknown said...

For your info only, ramai pemuda pemudi kenalan saya sudah memilih untuk mengundi BN walaupun sebelum ini mereka kata mereka akan mengundi PAS. Ini berlaku selepas BN mengumumkan pemberian BR1M sebanyak RM500.00 setiap tahun. Saya penduduk di Tawau, Sabah. dan nampaknya, hati pemuda-pemudi senang tertarik dengan mata wang yang dijanjikan itu, orang-orang di tempat kecil/kampung tidak memikir dengan berpanjangan. Mereka senang mengubah fikiran dengan adanya janji-janji yang mereka dapat nikmati itu.

Anonymous said...

jenny,kesian sama lu punya kawan di sabah.
tahu tak berapa harta mereka disapu ?

Unknown said...

Hafidz, as Pak Samad said , our land is governed by Bangsawan and they enjoyed the most out of it. BN and Malay word is just the way they hijack the Malay right as malaysian right ! Wish you can rethink further why you vote for BN again or UMNO !

Leo Teh said...

Bro , good write up !

Anonymous said...

generic celebrex canada buy how to Yes, really. So happens. Let's discuss this question. Here or in PM.

Related Posts