廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Thursday 7 June 2012

Muhyiddin, sila hapuskan tol-tol di Selangor juga!

Muhyiddin Yasin bangganya menyokong Kementerian Pengajian Tinggi, iaitu PTPTN di UNISEL perlu dibekukan sementara untuk menguji dasar PKR/PR, tambahan lagi, beliau juga menyifat pemekuan ini adalah adil sebab mereka sendiri yang kata tidak perlu PTPTN.

Ya, saya seratus peratus menyokong apa yang Muhyiddin cakap, memang betul sekali. Jika apa yang PKR/PR janjikan adalah benar dan dapat memanfaatkan rakyat, apahal nak takut dasar-dasar tersebut diuji?

Tapi Muhyiddin nampaknya tidak berapa faham dengan dasar-dasar yang dijanji oleh pihak PR di dalam buku jingga. Apa yang beliau tahu hanyalah pengajian tinggi percuma, tetapi kepada dasar-dasar yang lain, kenapa tidak membuat sedemikian juga untuk mengujinya?

Kalao Muhyiddin tak ingat atau tak pernah baca atau tidak tahu baca, bolehlah saya di sini menyebut satu dua untuk mengingatkannya:-

Yang Pertama, harga minyak diturunkan serta-merta jika PR menangkan pihilan raya. Hei Muhyiddin, kenapa tidak turunkan harga minyak di Selangor, Penang, Kelantan dan Kedah buat sementara untuk menguji dasar PKR ini?

Kedua, PR akan hapuskan semua tol jika mengambil kuasa dan setelah menjadi kerajaan pusat. Kalao apa yang Muhyiddin kata adalah benar, silalah hapuskan tol-tol di Selangor dan Jabatan Pulau Pinang buat sementara-lah!

Ooooooi, kan kata fair, kenapa uji satu dasar je? Marilah uji semua dasar PR di negeri-negeri yang diperintah oleh kerajaan PR, macam ni rakyat baru tau dasar mereka boleh pakai ke tidak mah!

Lagi-lagi uji dasar tersebut akan menjimatkan duit kerajaan pusat. Pasal duit ke apa, faham-faham je lah! Kalau tak sebut, saya pun ingat rakyat Selangor tidak membayar cukai pendapatan dan cukai hasil!

Nasib baik saya bukan anak Selangor, bayar cukai, tapi negeri lain dapat, dia orang tak dapat~marah tak rakyat-rakyat Selangor? kekeke....


0 评论 Comments:

Related Posts