廣告 Ads(感謝您的每一個廣告點擊)

Thursday, 21 October 2021

AXTJ_TheGuest #SpecialEp. #TunDrMahathirBinMohamad #PMke4danke7 #TrueLegend #EdisiKhas #SelepasEp20 #IdeologiPemikiranKontroversi #Like #Share #Subscribe #HariJumaat #22Oktober2021 #RealTalkLive #830pm #Youtube

Dengan teramat bangga saya secara rasminya mengumumkan bahawa tetamu kehormat bagi AXTJ - The Guest, Episod Edisi Khas yang akan berlangsung pada hari Jumaat, 22 Oktober 2021 jam 8.30 malam, adalah Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 negara yang tercinta ini, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Kali ini adalah kali kedua Tun menghadiri ke program kami, setinggi-tinggi hormat dan ribuan terima kasih adalah diucapkan kepada Tun kerana sudi menerima jemputan kami buat kali ke-2.

Saya adalah amat percaya bahawa tiada sesiapa di tanah air tidak mengenali Tun M dan pencapaian Tun adalah teramat jelas dan tidak perlu dihuraikan dengan panjang lebar lagi. Tun bukan sahaja merupakan PM yang paling lama berkhidmat di tanah air iaitu melebihi 24 tahun (kecuali Tun Tunku Abdul Rahman, tiada mana-mana PM yang lain telah menjawat jawatan tersebut melebihi 10 tahun), tetapi beliau juga telah mengembalikan semula ke jawatan tersebut selepas bersara dari arena politik selama 15 tahun, apatah lagi dengan umur melebihi 90 tahun, pencapaian ini sahaja sudah cukup lagenda dan buat seluruh dunia kagum.

Bukan sekadar syiok sendiri, ketokohan Tun juga telah kerap kali diiktiraf oleh dunia. Sebagai contoh, hanya pada tahun 2019, Tun telah diiktiraf sebagai Lelaki Muslim Paling Berpengaruh (The Muslim Man of The Year) oleh The Muslim 500, dinamakan sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia 2019 oleh majalah Time dan juga sebagai 50 Tokoh Dunia Paling Berpengaruh 2019 oleh Fortune.com, jelaslah di dalam negara yang tercinta ini, tiada sesiapa yang setanding Tun yang mampu mendapat pengiktirafan yang begitu banyak oleh badan-badan luar negara. 

Di samping itu, Tun juga terkenal dengan sifat keberanian di mana beliau juga sering kali menegur negara yang lebih maju dan kuat seperti Amerika Syarikat di arena politik antrabangsa.

Tetapi juga disebabkan oleh tempoh memegang kuasa yang boleh dikatakan mutlak di Malaysia dengan masa yang begitu panjang, pelbagai kontroversi dan skandal juga muncul dan mengiringi Tun. Sebagai contohnya, Tun M memang terkenal dengan gelaran yang cukup membanggakan, didengki oleh ahli-ahli politik lain dan selaras dengan sumbangan beliau, iaitu Negarawan. Malah, ramai kritik Tun juga mengelarkan Tun sebagai seorang rasis, sehingga Bapa Rasis pun sering dilontarkan kepada Tun, apakah pemikiran sebenarnya Tun?

Dengan ini, saya merasa amat teruja dan gembira, bukan sahaja disebabkan oleh dapat menjemput seorang tokoh yang begitu heavyweight dan berpengaruh, tetapi juga kerana terdapat peluang untuk menyoal dan mendengar penjelasan beliau terhadap kontroversi-kontroversi dan isu-isu yang terbangkit semasa beliau memegang kuasa secara kendiri. Banyak soalan yang tidak dapat dikemukakan kepada Tun pada sesi lalu yang telah berlangsung pada 15 September 2021, dan akan dikemukakan pada kali ini. Antaranya: ideologi Tun dan pandangan terhadap sekolah vernakular, kirtik terhadap kekayaan luar biasa anak-anak Tun, pandora papers dan juga isu Pulau Batu Puteh. 

Ingin mengetahui jawapan Tun kepada soalan-soalan yang paling hangat? Jangan lupa siaran langsung Edisi Khas “AXTJ - The Guest” bersama Tun buat kali ke-2 ini yang akan diadakan pada Hari Jumaat yang akan datang, iaitu 22 Oktober 2021, jam 8.30 malam ini! Harapkan melalui program ini, kesemua penonton dapat memafami secara lebih mendalam seorang tokoh yang terkenal dan terpenting di tanah air kita.

Akhir sekali, sama seperti kali pertama Tun bersama kita, di sini juga memaklumkan bahawa selepas penamatan siaran langsung ini, saya akan membahagikan sesi perbualan Tun kepada 4 bahagian dimana sari kata (subtitle) Bahasa Cina akan ditambahkan ke dalam video suntingan live tersebut. 

Dengan ini, juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada SMS123.net ( https://www.facebook.com/SMS123.net ) dengan murah hatinya telah bersetuju dan sudi menaja kesemua kos suntingan, transkrib, penterjermahan dan menambah sari kata tersebut supaya sesi perbualan dengan Tun M ini dapat mencapai kepada lebih ramai orang dan lebih senang difahami oleh rakyat jelata.

Sekian. jangan lupa like, share program ini dan juga post ini supaya lebih ramai boleh mengetahui tentang program siaran langsung ini. Sila juga subscribe-kan YouTube channel kami ( http://bit.ly/axtnji ) dan like-kan Facebook page kami untuk mengikuit program-program dan siarang langsung seterusnya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak dan berharap siaran langsung yang akan datang ini dapat dijalankan dengan lancar. 

Link untuk mengikuit siaran langsung ini adalah seperti berikut:-

https://youtu.be/wSV7eKDqFDM

Terima kasih. Jumpa nanti! 

【#點擊瀏覽洪太的網店:

https://shopee.com.my/gwee1?smtt=0.0.9 】

**各位讀友請幫手大力點讚及分享此文章,也別忘了點讚專頁,同時也可到專頁的右下方,點擊邀請朋友同來專頁閱讀。

***讀友們也務必Subscribe訂閱翱翔天際YT頻道,網址為: http://bit.ly/axtnji

 ,精彩直播盡在頻道中,歡迎經常來看看!多謝!




0 评论 Comments:

Related Posts